
Apa Punca Sistem Aircond Menjadi Kotor Dan Hitam?
Fakta 1
Kenderaan jarang atau tidak pernah menukar minyak compressor. Tahukah anda compressor bekerja keras sama seperti enjin kereta. Tapi tidak di tukar minyaknya...kejam sungguh dunia!
Fakta 2
Penggunaan barang-barang terpakai ( halfcut) seperti compressor, evaporator atau condensor yang tidak di servis, bersih dan diuji sempurna dipasang pada sistem aircond kenderaan. Sisa kotoran seperti habuk besi dan ketulan minyak akan mengotorkan sistem di dalam paip aircond. Nak jimat terus terbarai.....
Fakta 3
Rajin-rajinlah periksa aircond. Di condensor selalunya akan ade 1 filter. Namanya filter drier. Fungsinya adalah untuk memastikan gas/cecair R134-A gas sentiasa bersih di dalam sistem. Kalau rajin jaga maka, bersihlah sistem. Ada orang kata tak payah tukar...takpe nnt dah rosak pomen kan ramai hehe!
Fakta 4
Servis aircond ni harganya murah bila kita buat masa dia tengah sejuk. Sebab tu namanya servis. Tapi kalau dah tak sejuk datang nak servis, tanya harga mahal...sebab tu dah bukan servis, itu dah jadi repair namanya tuan-tuan.
Semoga bermanafaat dan Happy Motoring Guys!